Pentadbiran Ramakrishna Math

Pada tahun 1901, Ramakrishna Math telah didaftarkan sebagai sebuah Amanah dan Ramakrishna Mission pula pada tahun 1909. Pentadbiran biara ini terletak di bawah Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada rahib-rahib kanan. Berpusat di Belur Math, pertubuhan ini mempunyai cawangan-cawangannya di serata India. Ia mempunyai peraturan pertubuhan yang telah digubal oleh Swami Vivekananda sendiri.

LembagaPemegang Amanah, selepas berunding dengan rahib-rahib kanan, melantik dalam kalangan mereka seorang Presiden, seorang hingga tiga orang Timbalan Presiden, seorang Setiausaha Am dan empat orang Penolong Setiausaha.

Presiden juga dikenali sebagai 'Sanghaguru' ialah ketua tertinggi seluruh pertubuhan ini. Hanya seorang Presiden sahaja layak untuk memberikan ikrar rahib atau Samnyasa kepada sesiapa yang ingin menjadi seorang rahib di Ramakrishna Sangha. Selain Presiden, semua Timbalan Presiden juga diberikuasa untuk memberikan Mantradiksha (mantera untuk menjalani kehidupan rohani).

RamakrishnaMission pula ditadbir oleh Badan Pentadbiran yang terdiri daripada Pemegang AmanahRamakrishna Math. Ibu pejabat Ramakrishna Math (lebih dikenali sebagai BelurMath) juga menjadi ibu pejabat Ramakrishna Mission.

Semuaurusan persuratan berhubung pentadbiran Math dan Mission adalahdialamatkan kepada Setiausaha Am yang berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Ketuacawangan Ramakrishna Math dikenali sebagai Adhyaksha yang dilantik olehPemegang Amanah. Cawangan Ramakrishna Mission pula ditadbir oleh JawatankuasaPentadbiran yang dilantik oleh Badan Pentadbiran Ramakrishna Mission. SetiausahaJawatankuasa ini menjadi ketua cawangan itu.

Pada tahun 1898, Swami Vivekananda melantik Swami Saradananda sebagai Setiausaha Ramakrishna Mission. Selepas mendaftarkan Surat Amanah Biara Belur pada 6 Februari 1901, Vivekananda meletak jawatan sebagai Presiden. Pada 12 Februari 1901, Swami Brahmananda dilantik sebagai Presiden dan beliau menjawat jawatan itu sehingga 1922. Selepas Mahasamadhi Brahmananda, Swami Saradananda menjadi Presiden sehingga 1934. Daripada 1934 hingga 1937, Swami Akhandananda menjadi Presiden. Swami Vijnanananda menjadi Presiden daripada 1937 hingga 1938. Swami Vijnanananda merupakan pengikut terakhir Sri Ramakrishna yang memegang pimpinan pertubuhan ini. Selepas Mahasamadhi Swami Vijnanananda, pimpinan pertubuhan ini beralih kepada generasi kedua rahib-rahib yang bukan pengikut terus Sri Ramakrishna. Kebanyakan mereka ialah pengikut-pengikut Sri Sarada Devi dan Swami Vivekananda.